assalamualaikum...w.r.t
Hai, dah lama rasanya aku tak update blog ni bukan apa masa yang tak mengizinkan aku tuk layan menalah ni semua...biasalah kehidupan student mcam nilah...huhuhu..nak tak nak terpaksalah aku tempuhi dengan tenang dan tabah. Walaupun kekadang aku rasa tak terdaya menghadapinya tetapi dengan semangat yang ada aku teruskan jua perjuangan ku ini...aku harap suatu hari nanti aku akan berjaya mengapai segala impian yang ku inginkan insya-allah...amin. Terima kasih YA ALLAH kerana sentiasa dan masih terus memberikan peluang kepadaku untuk menempuhi kehidupan yang penuh onak dan duri ini...semoga dengan peluang dan masa yang ada aku berharap aku akan menjadi seorang insan yang lebih baik dan terbaik pada masa akan datang insya-allah...chaiyok2 to me..:)
Alhamdulillah kini aku rasa hatiku semakin hari semakin tenang dan aku rasa gembira malah kekadang membuat aku tersenyum. Alhamdulillah aku syukur sangat kerana doa aku sudah banyak dimakbulkan walaupun tidak sepenuhnya namun aku tetap bersyukur kerana diberikan kebahagiaan untukku. Kini hati aku terasa bagai ada sinar cahaya yang membuatkan aku mampu tersenyum dan penuh damai. Alhamdulillah segala dendam dan derita yang aku tanggung dulu da semakin hari semakin berkurangan. Aku harap perkara ini akan terus menerus memberikan aku seribu kebahagaiaan..
![]() |
| SEKEPING HATI YANG PASTI BERSATU |
Bercinta memang indah tetapi bercinta juga membuat kita merana dan sengsara. Tetapi setiap manusia menginginkan cinta yang penuh kedamaian dan kebahagiaan. Dan tak mustahil kalau kita berusaha mencarinya kita pasti akan menemuai cinta sejati yang diharapkan. Apa-apa pun insya-allah sama-samalah kita berusaha mencari cinta sejati itu.
+-+Wallpapers4Desktop.com+054.jpg)


0 comments:
Post a Comment